Thursday 18 June 2015

Pilot : Entri Pertama dan Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

mood: Peace & Blessings // Raef

Wahh, agak lama tinggalkan dunia berblog \menggeliat ala ala regangkan tengkuk dan jari jemari/. Rasa seronok terloncat loncat ada, rasa ketandusan idea pun ada. Sebab bukan seorang yang reti berayat pickupline pantun ala ala ayat dramatis bagai. Bertatabahasa lagilah kelaut kelangit.

***** Back to basic of idea *****

Entri ni ditulis pada hari kedua Ramadhan dan Alhamdulillah, kita sebagai hamba Allah masih dikasi waktu dan kesempatan untuk menyambut bulan barakah ini. Penuhi bibir kita dengan Zikrullah terlebih dahulu. Allahummasoli'ala Muhammad, Wa'alaali Muhammad.

Bukan takat ni, boleh lah scroll slow slow.

Sedikit perkongsian mengenai amalan amalan yang muslimin muslimat boleh buat pada bulan Ramadhan. Dan sudah dibenak fikiran kita bahawa bulan Ramadhan merupakan bulan beribadah untuk seluruh umat manusia. Maka, diturun-Nya pahala berlipat lipat kali ganda berbanding dengan bulan bulan lain.
“Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkah. Allah mewajibkan kamu berpuasa, kerana dibuka pintu- pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka, dan dibelenggu syaitan- syaitan, serta akan dijumpai suatu malam yang nilainya lebih berharga dari seribu bulan. Barangsiapa yang tidak berhasil memperoleh kebaikannya, sungguh tiadalah ia akan mendapatkan itu untuk selama-lamanya.” (HR Ahmad, An-Nasa’l, dan Baihaqi).
Amalan 1: Basahkan bibir kita dengan Zikrullah dan Berselawat.
Bila duduk sesaje sambil baring baring atau dalam perjalanan ke kelas atau ke mana mana destinasi, bolehlah gerakkan bibir dengan berzikir dan berselawat. Sesungguhnya tiada kerugian ke atas kita kerana Allah telah memperuntukkan bulan Ramadhan untuk kita. Yahooooo~ \Terbang kejar Pahala/



Amalan 2: Rapat dengan hamba Allah yang boleh mendekatkan kita dengan Allah.
Di sini tak bermaksud kita hendaklah menjauhi diri dengan orang yang tidak dekatkan diri dengan Allah. Tapi kita sendiri hendaklah menjadi contoh tauladan kepada sahabat sahabat yang teringin rasa di dekati dengan selitan agama Allah. Ajakan kepada kebaikan itu adalah satu dakwah. Dakwah bukan menakutkan, tapi satu jalan ke Syurga. Gitewww. Oleh itu, jom kejar Sorga Allah. 


Amalan 3: Bersedekah
Kakak saya pernah kata, "duit tak boleh masuk kubur lah wehh wahai hajjah bakhilah". Aku pun sentap masuk dapur. Bajet nak tolong tolong bonda, tapi termenung depan dapur sambil pegang senduk.
Kesahnya, rezeki itu Allah turunkan untuk setiap hamba Allah adalah berbeza beza. Pada tahap kita dapat rezeki lebih, Allah suruh kita memberi kepada yang lagi susah dan memerlukan. Kerana rezeki itu milik Allah. Jika kita bakhil bakhilah, mane taknya Allah tarik balik rezeki Dia. Lagi lagi bulan Ramadhan, lagi berlipat lipat kali ganda amalan sedekah kita jika kita lakukan. \Cari tabung masjid/.


Amalan 4: Membaca
Buku ilmiah sekarang berlambak kat mana mana tempat. Just Grab and Read it Calmly, omputih haaa. Baucer buku pun dapat kan? Ha guna untuk beli buku ilmiah seperti Tarbiyah Sentap dan Majalah Solusi. Orang kata ilmu di dada tu boleh bawa sampai bila bila.

Penting juga untuk kita mengetahu mengenai isu semasa dalam atau luar negara. Oleh itu, bolehlah hari hari baca akhbar. Nak dapat akhbar tidak berbayar senang je sekarang, pergi kat perpustakaan atau pinjam kawan atau tempat tempat yang ada surat khabar. Pastikan mintak kebenaran terlebih dahulu jika akhbar itu bukan untuk bacaan awam. Baca secara percuma, tapi ilmu isu semasa insyaallah dapat. Dan insyaallah, kawan tersebut dikurniakan Pahala Allah.


Amalan 5: Membaca ayat Quran yang kalian telah hafal.
Kepada seluruh pelajar, hafal Quran mampu menguatkan daya ingatan kita. Lagi lagi kita ada subjek yang perlu dihafal secara tekun supaya dapat score tinggi tinggi kan. Jika kita bukan hafiz hafizah, insyaAllah boleh cuba untuk hafal beberapa ayat (Quran) dahulu. Contoh, hafal ayat 1-2 surah Al Hujuraat dan ulang beberapa kali. Jadikan ayat tersebut sebagai pembacaan dalam solat kita. Dah lancar, ambil ayat lain pulak. Ulang dan ulang.



Amalan 6: Dengar bacaan ayat Quran
Biasakan telinga kita dengan perkara yang berkah sahaja. Dan ayat Quran adalah salah satu. 


Amalan 7: Memasak dan Sedekah untuk Jemaah Beriftar
Kalau kat Universiti Malaysia Pahang, Pihak Pusat Islam dan Pembangunan Islam (PIMPIN) ada menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma kepada Staf dan Mahasiswa UMP. Seronoknya, Mahasiswa dan Staf berganding bahu untuk menyediakan makanan untuk jemaah berpuasa. Dari merewang hinggalah menyediakan hidangan dalam dulang. Jika tak mampu untuk sponsor iftar, membantu melancarkan penyediaan juadah berbuka juga dah memadai. Sebab Pahala Allah tak kira peringkat umur. 

Jika kita berada di rumah, kebanyakan masjid atau surau juga ada aktiviti sebegini kan. Inilah peluang namanya. Bukan peluang untuk dapat makanan free, tapi peluang untuk kita bantu mak cik mak cik pak cik pak cik surau sediakan juadah berbuka. Mana tahu mak cik mak cik dan pak cik pak cik ada anak untuk di jadikan menantu. K gurau gurau. Hehe. 


Amalan 8: Hadiri Usrah atau Kelas Agama
Amalan ni sama dengan amalan 2. Mencari barakah Allah dengan menghadiri usrah atau kelas agama. Dalam usrah atau kelas agama sendiri kita boleh perolehi ilmu dari sahabat sahabat kita. Jika kita memberi, itu merupakan perkara yang hebat kerana mampu mencurahkan ilmu walaupun sedikit. Kalau kita hadiri usrah, lagi kita tak segan silu untuk bertanyakan mengenai masalah masalah agama atau masalah personal. Kerana islamic gathering kebiasaannya akan berada dalam satu bulatan dan Allah dekatkan hati kita dengan sahabat dalam bulatan tersebut insyaallah.


Amalan 9: Perempuan yang Haid Juga boleh Beribadah
Kepada perempuan yang haid, tidak perlu risau mengenai tak dapat beribadah kerana banyak amalan yang boleh kita lakukan. Contoh, berzikir, hadiri usrah atau kelas agama, dengar bacaan ayat Quran. Dan juga boleh berqiamullail.

Tak semestinya berqiamullail perlu solat, tapi boleh untuk kita bangun baca buku ilmiah dan ulangkaji pelajaran. Dengan niat kerana Allah. Kerana tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepada Allah.

Amalan 10: Buat Baik dengan Orang Sekeliling
Paling simple, kita senyum dengan orang sekeliling. Jangan tunjukkan mood yang tidak elok keran persepsi orang lain terhadap kita juga merupakan satu doa.
1. Nampak bayi menangis kita dodoikan supaya tak menangis
2. Nampak nenek tengah berjalan, pimpin dia ke destinasi dia.
3. Jika kawan suruh ajar subjek, tolong ajarkan. dll.
Negative thought leads to negative manner. 


Amalan 11: Banyakkan berdoa
Kerana orang yang berpuasa Allah makbulkan doa. Oleh itu doa banyak banyak, semoga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat insyaallah.


Nampak, terlalu banyak amalan untuk umat islam buat pada bulan Ramadhan. Dah praktis pada bulan ramadhan, isyaallah cuba untuk kita bawa ke bulan lain pulak yee.

Ada senior kongsi, Tips untuk khatam quran pada bulan ramadhan, setiap kali solat habis kan 4 muka surat al Quran. Insyaallah mampu khatam. Sama sama menjadi orang yang terbaik di mata Allah dan mata para penduduk langit dan syurga.
Jom cari malam laitul qadar.
Jom qiam hari hari.
Jom jangan tinggal terawih. 
Terima kasih 3R atas gambar yang comel ini. Pinjam untuk entri pertama.